Thursday, December 20, 2007

'Aqilah Look-alike Meter

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph

Friday, December 14, 2007

Gaji dan keistimewaan menteri, apa kata rakyat Malaysia?


KUALA LUMPUR, 5 Dis - Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.

Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

Thursday, December 13, 2007

Aishah Bukhori 2

On November 18/97, I left my job on my own free will as I was afraid that upon my family’s knowledge of my intentions of conversion to a Catholic and marrying Joseph they woul definitely abduct me back to my hometown in Johore Bahru and confine me there for good. So, I decided to stay with Joseph’s mother in Seremban.

On the morning of November 19/97, I telephoned my parents in Pontian, Johor and advise them of my intentions and decisions. My parents rejected my intentions and told me that they will be coming to take me back to my hometown in Pontian, Johor.

In the afternoon of the same day, my parents together with my oldest brother, Encik Nazaruddin Bin Bokhari, arrived at Joseph mother’s house where they were invited in by Joseph’s mother. I started to further explain to them on my intentions and decision and I wanted them to respect it. However, they never accepted it.

(nota : nak suruh keluarga menghormati keputusannya untuk murtad dan menikahi lelaki bukan Islam)

My brother, Encik Nazaruddin and my father had on several occasions tried to pull me and drag me out of Joseph mother’s house, however, they were sternly threatened by Joseph’s mother who told them that she would call the police, if they kept on using force to take out of the house.

Joseph’s mother then advised me in front of my parents and brother that if I wanted to go back with them on my own free will, I should do so. However, I told her that I did not want to go back with them as it was my own decision to go on with my life of what I had always wanted to do so.

After about 4 hours of persuasion and convincing by my parents and my brother, I stood firm of my intentions and decisions.

Aishah Bukhori 1

Kita telah dikejutkan tidak lama dahulu dengan cerita murtadnya Aishah Bukhori. Ibubapanya telah muncul di TV3 dan merayu kepada rakyat Malaysia untuk memberi maklumat untuk mendapatkan kembali anaknya.Saya akan cuba mendapatkan hukum murtad di dalam entri yang lain selepas ini. Sekarang saya akan terbitkan afidivit oleh Aishah Bukhori sendiri terhadap ibubapanya. Saksikanlah betapa hinanya manusia bila meninggalkan Islam. Ya Allah selamatkan umat muslimin di Malaysiaku yang tercinta!!!

::Siri 1::

This is the statutory declaration that Nor Aishah Bokhari signed. It is a letter to the judge of the High Court. This letter is marked Exhibit LMC-9, was written on Jan 9, 1998 and attested on Jan 16, 1998 by a Commissioner of Oaths. The spellings and forms of address is as written. The letter is in Nor Aishah’s handwriting



---------------------

January 9 1998

Attn: Mr Honarary Judge.

Mahkamah Tinggi Malaysia

Kuala Lumpur



FOR ATTENTION OF THE PUBLIC IN MALAYSIA

Dear Honarary Judge,

Re: Criminal Court Case No. 44-50-97

Writ Habeas Corpus

With reference to the above and further to my letter dated December 31, 97 to M/s Lee Min Choon & Co.

I, Nor Aishah Binti Bokhari (IC NO: 720517-01-5172) (F) of No. 5 Jalan AU5C/8, Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur, am 26 years of age and a Malay by birth.

I am writing to you to plead and appeal to your goodself and the public to help free me and my boyfriend, Joseph Arnold Lee (IC No: A1448978) of our constitutional rights from the harrasments made by my family, Encik Bokhari Bin Mohamed Tahir, Puan Samiah @ Anton Bt. Toma, Encik Nazaruddin Bin Bokhari, Encik Mohamed Sabirin Bin Bokhari and Puan Norashikin Binti Bokhari, my relatives, especially my uncle, Encik Zainal Abidin Bin Ali, who is the chief of Police of Jalan Dang Wangi Branch, Kuala Lumpur, and the Police Contingent of Pontian, Johor.

In the meantime, I am unable to come out in the opening to give my statements freely or go to any Police Branch to make a police report as I do not trust any of our Malaysian



Page 2

Police contingents in view of my uncle, Encik Zainal Abidin bin Ali, who is Chief of Police of Jalan Dang Wangi Branch, Kuala Lumpur, is using all his executive powers directly and indirectly to stop me from doing so.

My uncle, Encik Zainal Abidin B Ali is doing everything he can to stop me from telling the truth as he is afraid of me telling the truth of what happened on November 20, 1997 with him and the police contingents involvement in the abduction of me in front of Bangunan Amoda and subsequently confined me with my parents in Johor Bahru.

However, I am writing to your goodself and the puyblic on my painful experience with hope that the necessary actions would be taken to free me and my boyfriend, Joseph Arnold Lee (IC No: A1448973) of our constitutional rights against the harrasements of my family and my relatives in order for us to go on with our lives of what both of us have planned. This is my painful experience.

I have on my own free will denounce the Agama Islam to convey to become a Catholic with a Statutory Declaration executive in front of a Commission of Oaths dated December 22, 97. I have been going to a Catholic Church almost every Sunday since November 98. Since then my faith and believe in the Catholic religion have grown stronger everyday.

My boyfriend, Joseph and I had intentions to get married sometime in mid-December 1997. However, instead of us proceeding with our marriage first without my famly’s knowledge and consent, we decided to give my parents the last respect by informing them of what were our intentions, despite knowing that they would reject our intentions.

10 Tahun Sebelum Meredeka

Sunday, December 09, 2007

10 Puteri Tak Dilindung Bulan

Oleh Fatimah Busu

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.


"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"

"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang "

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"

"Kenal abah "

"Berapa orang ?"

"Empat "

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja yang lain tidak tahu."

"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.


"Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama."

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.


"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. "

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik ."

"Habis ?"

"Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.


"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik ."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif syarikat ."

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.


"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.


"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.


"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu."

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey ."

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini."

"Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg .."

"Masni Mas Mas mengucap mengucap Mas ."

"Aaarrrggg aaarrrggg ."

"Mengucap Mas ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah � Laaaa ilaaa haillallah ."

"Laaaa ilaaaa ."

"Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah ."

"Laaa ilaaa ."

"Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah."

"Dia sudah tidak ada lagi dek "

"Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut "

"Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan " (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.


"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah ."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.


"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi trend orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati


"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi

Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.

Ulasan : Satu cerpen yang sangat menarik tentang permasalahan remaja perempuan dalam pelbagai masalah sosial. Renung-renungkan maksud yang tersirat di sebaliknya!

Angkara Durjana

Semalam,Hj. Mohamad Sabu Naib Presiden PAS dan Saudara Tian Chua Ketua Penerangan PKR telah ditangkap oleh pasukan keselamatan KERAJAAN HADHARI. Menggunakan adab sopan dan tatacara yang begitu lemah lembut seperti yang digambarkan di kaca tv, radio, suratkhabar dan ceramah. Dengan BERSOPAN SANTUN MENGHALANG PERJALANAN KE MAJLIS PERKAHWINAN anak beliau, MEMECAHKAN CERMIN KERETA dan MENYENTAP BELIAU DARI KENDERAAN DENGAN 'LEMAH LEMBUT' SEKALI.

1. Baca kronologi penangkapan beliau ; klik disini

2. Lihat gambar2 penangkapan ; klik disini

Jangan berlengah lagi, jom berkumpul di Mahkamah Jalan Duta pagi ini. PAKAI BAJU KUNING!

Apa lagi kena buat? Baca kat sini!

Ya Allah Selamatkan Malaysia dari Angkara Barisan Nanar Durjana!!!!

Anakku Yang Periang 2

Anakku Yang Periang

Friday, December 07, 2007

Tahniah, Congratulations, Mabruk

Alhamdulillah, isteriku telah ditawarkan untuk mengikuti program Diploma Pendidikan selama setahun di UIAM. Pagi tadi semak di laman web www.mohe.gov.my. Ini merupakan hadiah buat ma aku yang berada di Tanah Suci Mekah sekarang. Tinggalah Aqilah dengan ayahanda berdua tahun depan yer....

Kemalangan oh kemalangan

Sudah 3 kemalangan yang berlaku pada insan di sekitarku.

1. Adindaku ; Ahmad Fakhrul Radhi Fauzi Al-Hafiz. Kemalangan pada 16 November berdekatan Masjid Ar-Rahman, UM. Terseliuh kaki dan lengan sahaja.

2. Adindaku iparku; Harizah Sazali. Kemalangan pada 6 Disember di roundabout seksyen 19, Shah Alam. luka-luka ringan di kaki dan lengan.

3. Sahabatku ; Yahya Fadzli Jusoh. Kemalangan pada 6 Disember juga di Penang. Retak rahang katanya. Kutu berahak lalok yang melanggar keretanya.

Berhati-hatilah di jalanraya. Kita dah beringat, orang lain pulak yang langgar. Kepada yang mengenali mereka ini, bolehlah hantar SMS atau kol. Moga ingatan kita menyebabkan mereka cepat sembuh.

Barang Naik (BN)

Balik daripada jalan-jalan di Kuala Terengganu, dah maghrib sampai kat Jerteh. Tak sempat dan tak larat nak masak. Terpaksalah keluar makan ke bandar Jerteh. Kami telah memilih untuk makan di Gerai Kak Hana di padang bas. Tak tahu nak pilih gerai yang mana satu sebab tak biasa makan kat luar. Lepas order baru perasan, pelayan-pelayan gerai tersebut semuanya calon-calon penghuni neraka. Mereka ialah ;

1. Seorang bapuk ; lembut dan bersopan santun tak ape, bukan lembik
2. Perempuan ; berpakaian tetapi telanjang. nampak seluar dalam macam pelacur.
3. Perempuan ; bertudung tetapi menampakkan leher.

Hilang terus selera makan, rasa bersalah kerana memberi saham kepada mereka semua. Namun, sedaya upaya berusaha menghabiskan makanan. Selepas makan, aku terkejut bilnya RM 22 untuk 3 orang makan nasi goreng. Rasa macam makan kat Hotel Hilton. Butiran menu dan harga ;

1. nasi goreng daging merah RM 7
2. nasi goreng paprik RM 6
3. nasi goreng ayam RM 4
4. air laici 2, air kopi ais dan teh 'o' suam RM 5

Minta pelayan aka. pelacur tu kira balik. Memang begitu harganya. Tauke balak boleh bangkrap kalau harga macam ni. Nak harapkan kerajaan pantau harga memang tak guna. Dia suruh kita pulak yang boikot dan gunakan kuasa pengguna. Lebih aku gunakan kuasa aku jatuhkan BN yang sudah banyak menyusahkan rakyat sekarang ini. Tapi dalam PRU BN pun menipu jugak, camner ek??????

JAWAPANNYA : BERSIH! BERSIH! BERSIH! BERSIH! BERSIH! BERSIH!

Kisah Tentang Sahabat

1. Ustaz Zulkifli Omar
Sahabat lama se Nilam Puri. Tamat daripada UM hanya ada juga berhubungan. Sekarang mengajar di Kota Kinabalu, Sabah. Isterinya pun kenalan semasa di UM. Isterinya orang Sabah, tetapi menetap dan bekerja di Terengganu bersama-sama mertua dan 2 orang anak. Katanya tiada kerja jika pulang ke Sabah. Terpaksa tinggal berjauhan. Hebat betul pengorbanan. Tahun 2008 adalah tahun ke tiga di Sabah. Tinggal 7 tahun lagi katanya baru boleh mohon pertukaran. Itupun belum tentu boleh balik ke Terengganu. Sempat singgah dan bertemu pada hari khamis yang lepas (6 Disember) sempat ngobrol sekejap. Sebak hatiku mendengar bicara sahabat lamaku ini.Sabarlah sahabat, semoga Allah memberi pahala sabar nabi Ayub kepadamu...

2. Ustaz Mahisan Aswadi Ahamed
Sahabat lama satu sekolah di Pasir Puteh, Kelantan. Kemudian sama-sama melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Lepas tamat UM, aku mengikuti kursus KPLI manakala sahabatku ini mengikuti kursus JQAF di Sabah. Sekarang sudah masuk tahun ke tiga dia berada di SK Pinggan-pinggan. Sempat singgah makan laksa dekat rumahnya pada Jumaat lepas (7 Disember). Sahabatku bekas Timbalan Presiden PMIUM ini memang hebat orangnya. Cakna dengan sahabat2 dan ustaz2 sekolah lama. Sempat juga bersembang tentang EXSAS. Isterinya pulak sahabat isteriku di UM. Seronok bertemumu sahabat.Bila agaknya boleh bertemu lagi...

3. Ustazah Nurul Naiemah Nordin
Sahabat satu UM. Sempat bekerja bersama semasa Ekspo Konvokesyen UM 2001. Sempat juga 'teman tapi mesra' sekejap. Tetapi jodoh kami tak panjang, kerana orang tua tidak merestui. Putus berita sekejap, sekarang dah berhubungan balik. Tetapi SMS kena lalu imegresen dululah (isteriku) baru boleh baca. Yang bagusnya minah ni, dia cakap berita tentang dirinya, bukan macam x kawan baik aku N......sembunyi cerita. Sedih terasa. Insya'Allah jumpalah nanti di Besut pada 17hb. Katanya dia memang minat dengan dengan orang Besut ni... (^_^)

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu

Pada hari Khamis yang lepas (6 disember) Aku, Isteriku, Anakku dan Adikku telah pergi ke Kuala Terengganu. Bertolak daripada Jerteh jam 6.30 pagi. Antara tujuan kami bertiga ialah ;

1. Makan nasi dagang Batu Burok (bukan yang utama)

2. Makan nasi lemak Terengganu.

3. Hantar borang permohonan jawatan kosong kat Yayasan Terengganu (tujuan utama sebenarnya) mewakili adikku.

4. Jumpa sahabat lamaku, Ustaz Zulkifli Omar.

5. Makan dan beli keropok lekor kat Kampung Losong.

Sempat juga merayap kat Muzium Terengganu. Rasa nak patah kaki, kena dukung Aqilah yang comel. Tak nak jalan sendiri.
Sayang betul, bangunan besar dan luas. Tetapi maklumat dan khazanah yang ada agak terhad. Kebanyakannya hanyalah gambar dan koleksi terkini.