Sunday, October 08, 2006

Sepi seorang perantau



Pg semalam lebih kurang pkl 6.20pg, aku bertolak dari Kota Bharu ke Triang. Singgah kejap kat Jerteh, ambil barang. Bermulalah perjalanan sepi aku untuk 2 minggu.

Pg semalam bila aku nk bertolak, aku cium anak aku, aku rasa sebak. aku cium isteri aku, terus airmata aku menitis. aku x dapat ckp sepatah apa kat isteri aku. sepanjang perjalanan dari KB ke Jerteh aku menitiskan air mata. Dkt Jerteh baru aku boleh kawal diri.

Sampai tgh jalan, isteriku hntr sms mengatakan air mata dia sedang bertakung...aku terus menitiskan air mata. aku cuba sedaya upaya untuk kawal perasaan.

Masuk LPT aku pasang HOT FM, tiba2 lagu Air Mata Syawal nyanyian Siti Nurhaliza dikeudarakan ; air mata aku terus berlinangan...

Air mata oh air mata...murah benar engkau.....

Ya Allah, azabnya perpisahan...kurniakanlah padaku kekuatan untuk mengharungi 2 minggu ini Ya Allah

Wednesday, October 04, 2006

Bermula dengan tiga

Segala-gala dalam hidup ini bermula dengan satu. Sebatang pokok bertunas menjadi dua dan banyak. Mula2 bekerja beli sebiji kereta, baru tambah lagi. Dari seorang diri ; berkahwin dan beranak pinak. begitulah lumrah alam.

Namun satu peristiwa yang menakjubkan telah menlanda diriku pada tahun ini. Pada Aidilfitri ini, aku akan mula bayar zakat fitrah kerana aku mula bekerja pada tahun ini (januari lepas). Bukan untuk aku seorang!!! tetapi untuk 3 sekaligus (^_^) aku, permasuri hatiku dan cahaya mataku yang lahir 5 ramadhan yang lepas.

Pasal proses kelahiran, aku x nak komen banyak , boleh browse ke blog permaisuri hatiku (link kat sidebar sebelah!!)

Salam ramadhan buat semua.