Salam perjuangan buat semua....
Sudah lama tidak menulis, dihambat oleh waktu dan pelbagai onak yang meranjau haluan. Alhamdulillah, diri ini masih bernyawa dan sihat walafiat.
Hari ini sudah masuk hari 83 aku berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sri Buntar. Pelbagai cabaran sudah ku tempuh, aku masih bersabar namun aku tidak tahu bilakah kesabaran ini akan hilang mengalir ke longkang-longkang.
Gaji sampai sekarang masih belum masuk, kata kerani; bulan Mei baru dapat sebab tunggu surat daripada PPD. Kawan2 yg hantar surat lambat dah dapat, aku hantar sebulan awal daripada mereka lambat pulak. Mujur ada budak2 tuisyen, kalau tak memang kebulur. Masa KISSM ada peruntukan wang pendahuluan diri, bila aku tanya GB dia bagi 1 000 000 alasan.
Kalau ada gaji, boleh beli tv untuk isteriku yang kesunyian kat rumah. Kaum keluarga jauh, kawan-kawan x de. Sekurang-kurangnya kalau ada peti ajaib tu dapat juga mengubat kesunyian. Konvo pun rasanya x dapat pergi sebab x de duit.....entahlah, sabar ajerlah!!!
Anak dalam kandungan isteriku hari ni dah masuk 3 bulan, insya'allah akhir bulan 9 nanti si anak kecil itu bakal dilahirkan. harap2nya sempurna sifat dan akhlaknya.
Mohon diri, cau cin cau....
Wednesday, March 22, 2006
Hidup ini satu perjuangan
Nukilan
fadzlihani
at
8:32 PM
2
comments
Labels: Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
