Tuesday, February 03, 2009

Sudah Pindah

Assalamualaikum,

Buat semua pengunjung blog ini, saya telah berpindah ke www.myhannan.com. Maafkan saya kerana terlupa untuk memaklumkan kepada ansa semua. Inilah salah satu azam tahun 2009 saya untuk menggunakan domain dan hosting berbayar serta menambahkan lagi MSI saya.
Sila klik gambar dibawah untuk pergi blog terbaru saya.

Wednesday, December 17, 2008

Ceritera 600.1



alhamdulillah, segala puja dan puji buat Sang Maha Pencipta yang telah memberkati Perjumpaan Besar Generasi Dynamic pada 12-14 Disember yang lepas dengan ;

1. Melicinkan perjalanan program.

2. Memberikan makanan yang melimpah ruah.

3. Menyelamatkan perjalanan peserta-peserta program daripada sebarang kecelakaan (kecuali tercabut bumper dan batery kong)

Berdoalah semoga program2 gD seterusnya akan sentiasa ceria, mantop dan diberkati.

Sunday, December 07, 2008

Perjalanan Hidup

Post ini saya ambil daripada blog permaisuri hati : pentas kehidupan

23 November 2008 (Ahad)
- Turun dari Cameron Highland, balik ke KB. Sampai Kuala Krai, ma call kata Syikin (anak sedara ma) masuk HUSM, kemalangan. Ma minta tolong kami sediakan peralatan untuk ma jaga Syikin sebab ma dalam keadaan sehelai sepinggang.
- 10.30 malam, ke HUSM hantar peralatan untuk ma.

25 November 2008 (Selasa)
- Balik Jerteh

26 November 2008 (Rabu)
- Dapat call dari UM, minta bentang proposal MA pada hari Jumaat 27 hb.
- Petang, balik KB semula

27 November 2008 (Khamis)
- Tinggal 'Aqilah kat KB.
- Aku dan abang bertolak ke Shah Alam, bas jam 9.00 malam.

28 November 2008 (Jumaat)
- Pembentangan proposal MA di Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, APIUM jam 10.00 pagi. Penyelia minta siapkan segala pembetulan dalam masa 1 bulan.
- Appoinment dengan Kak Long di Kg. Tunku jam 3.30 ptg.

29 November 2008 (Sabtu)
- Lepas Maghrib hadiri tahlil di rumah Mama, Kg. Tunku.

30 November 2008 (Ahad)
- Lepas Maghrib hadiri kenduri kahwin di Putrajaya.

1 Disember 2008 (Isnin)
- Jam 8.30 mlm, naik bas bertolak ke KB

2 Disember 2008 (Selasa)
- Dapat SMS dari kawan DPLI mengatakan ada yang telah dapat panggilan dari KPM bahawa mereka ditempatkan mengajar di Sabah @ Sarawak.

3 Disember 2008 (Rabu)
- Ke Perpustakaan Az-Zahra untuk buat rujukan bagi melengkapkan disertasi MA.
- Membuat panggilan ke INSTED, UIAM untuk bertanyakan tentang posting. Johor - hati jadi rawan. Buku yang dibaca tidak diketahui isi kandungan.

4 Disember 2008 (Khamis)
- Bersiar-siar bersama abang mengurangkan kekusutan jiwa.
- Balik ke Jerteh

7 Disember 2008 (Ahad)
- Membuat panggilan ke pegawai JAPIM, PPD Bera bertanyakan tentang kekosongan Pendidikan Islam di daerah Bera. Tiada - nampaknya semakin pudar harapan untuk merayu ke Pahang.

Letih, memang meletihkan memikirkan kehidupan yang pelbagai ragam. Hidup kita bukan keseorangan. Tika kita dalam kerungsingan, mungkin ramai yang hendak membantu. Namun, kadang kala bantuan itu menambahkan lagi kesulitan dan keserabutan.

Friday, December 05, 2008

Salam AidilAdha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua kaum keluarga, sahabat, dan kenalan. Hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan jadikanlah ia panduan dalam hidup kita.


"Kullu am wa antum bi khair"

Tuesday, November 18, 2008

Setahun sudah berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah setahun lamanya saya tidak mengupdate blog ini. Antara sebab2nya ialah :

  • Ketiadaan talian INTERNET di rumah. alhamdulillah baru sahaja dapat diatasi. saja baru sahaja mendaftar dengan CELCOM dan membeli BROADBAND UNIT yang berharga RM600 pada bulan lepas.
  • Pihak kementerian tidak membenarkan kakitangannya mengakses BLOG.
  • Isteri saya pada Januari lepas telah mengikuti program DPLI di UIAM secara sepenuh masa. Lantaran itu sicomel hannan terpaksa tinggal dengan saya di Triang.
  • InsyaAllah, isteri saya pun dah habis kursus, INTERNET pun dah ada, bolehlah saya berBLOG semula.
"Hidup tanpa perjuangan bagaikan gula tiada manisnya, sia-sia sahaja"

Semoga seronok dan bahagia sentiasa! Wassalam